Sebelum mengenali fotografi... membaca ialah hobi saya... dari kecil suka membaca.. teringat ketika kecil mulai darjah 4 tiap hujung minggu abah abah akan menghantar ke perpustakaan awam di bandar Melaka pada waktu pagi sebelum mengambil balik pada waktu tengahari.. ketika itu perpustakaan awam terletak di Jalan Hang Tuah bersebelahan dengan stesen bas ekspress melaka di sebelah sungai melaka ..bila sudah pandai naik bas masa darjah lima .. pergi sendiri aja selepas itu..
Satu lagi perpustakaan yang saya suka luangkan waktu ialah Perpustakaan Masjid Al-Azim... setiap kali selepas jumaat semasa cuti sekolah pasti akan berlegar di sekitar perpustakaan ini mencari bahan bahan yang menarik.. saya masih ingat lagi ketika di perpustakaan itu saya ada membaca terjemahan kitab Injil Barnabas yang dikatakan bible yang sebenar yang mengandungi ayat meramalkan kehadiran nabi muhammad.. pihak kristian menganggap injil barnabas adalah rekaan orang islam.. baca lebih lanjut mengenainya di
sini... rasanya hampir separuh juga membacanya ketika itu... intipatinya selari dengan ajaran islam.. bila difikirkan balik awalnya sudah membaca benda yang berat-berat..
Satu genre buku yang amat saya minati ialah sejarah... (which is why i can get A for sejarah during PMR and A1 for sejarah during SPM ) tika itu habis satu kitab hayatus sahabah saya baca di perpustakaan melaka... tika itu muskil juga tentang mengapa terjadi civil war kalangan umat islam pada zaman khalifah Ali seperti perang siffin.. perang jamal dan sebagainya.. tapi kemusykilan itu mati begitu sahaja ketika itu... Allah yang lebih mengetahui akan sebabnya..
Bukan sahaja genre sejarah.. novel pun boleh tahan juga lah ketika itu... ingat lagi hadiah yang biasa diberi oleh abah ialah buku cerita penyiasatan harry dan juga satu siri penyiasatan versi melayu yang saya dah lupa tajuknya...
Beberapa minggu sudah.. ketika menanti isteri & anak shopping ... duduk lah sebentar di kedai buku Popular... terlihat buku mengenai Muhammad Al Fateh Penakluk Constantinople.. sambil sambil menyelak helaian.. mata terus terpana pada kesah penaklukan yang dinukil dengan menarik dalam bentuk novel oleh pengarang Abdul Latip Talib... pelaksanaan strategi jihad.. strategi menembusi kawalan di tanduk emas yang amat luarbiasa hasil dari ilham mimpi.. dan seterusnya kemenangan penaklukan.. tika itu tak sempat menghabiskan tetapi jiwa sudah terpaut utk memilikinya... kemudiannya saya dapatkannya bersama dengan kisah Salehuddin Al Ayubi..
Membaca sejarah melalui novel membuatkan amat mudah untuk minda ini menghadamnya menjadikannya memori... akhirnya saya juga mendapatkan 5 lagi novel sejarah oleh Abdul Latib Talib yang dijual dalam edisi jimat (RM14-15) ... tetapi rasanya 2 buku yang pertama saya beli dan baca juga lah yang terbaik dari Abdul Latip Talib.. nukilannya lebih teratur dalam bentuk cerita.. Terdetik juga samada terdapat perubahan kandungan atau gaya bahasa utk edisi jimat yang membuatkannya kurang umpphh berbanding dengan edisi normal.. Nanti akan saya cuba bandingkan kemudian..
Selain dari itu.. satu lagi buku yang saya dapatkan ialah berkenaan kisah Karbala nukin Faisal Tehrani.. satu episod hitam yang memilukan dalam sejarah umat islam.. sedihnya ramai kalangan kita tidak langsung mengetahui akan kesah ini.. kisah di mana cucu nabi hussien bin ali dan penyokongnya disembelih oleh pasukan tentera yang di pimpin Omar bin Saad bin Abi Waqqas atas arahan Yazid bin Muawiyah... Ironi bukan... Saad bin Abi Waqqas adalah salah seorang dari 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga tetapi anaknya menjadi penyembelih keturunan Rasulullah s.a.w.
Mungkin kerana kisah ini dikaitkan dengan ideologi syiah maka ramai sunni yang tidak mengambil endah tetapi tidak malukah kita mengatakan kita cinta kepada Rasulullah tetapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku terhadap darah dagingnya? Kisah Karbala adalah sejarah hitam semua dan kisahnya perlu diketahui dan diteladani bersama.. Anda tidak menjadi akan menjadi syiah dengan memahami sejarah islam tetapi akan menjadi sunni yang lebih teguh... Tidak cucu baginda s.a.w. Saidina Hussein bin Ali ketahui bahawa akibat hiruk pikuk dari peristiwa berdarah itu semakin besar perpecahan yang membawa kepada kewujudan ideologi syiah .. ketaksuban syiah ali ini membuatkan sebahagian besar dari mereka menafikan kekhalifahan 3 yang pertama walaupun hakikatnya Saidina Ali r.a. sendiri membaiah ke-tiga tiga khalifah ini yang menjadi pembela di awal kelahiran Islam.. semoga Allah merahmati mereka semua..
Pada hemat saya, satu perkara yang kita boleh pelajari dari sejarah pergolakan ini ialah.. perebutan kuasa politik boleh menjadi penyebab perpecahan yang tidak boleh dicantum kembali.. justeru.. ingat-ingatlah bila berpolitik.. jangan terlebih taksub.. jangan sampai kita kafir mengkafir atas perbezaan politik andai kalimah syahadah kita tetap sama.. dan jangan kita mengangkat martabat seseorang melebihi tempatnya (taksub).. Lata & Uzza adalah orang salih yang memberi makan dan minum kepada mereka yang mengerjakan haji di zaman dahulu kala yang kemudian yang diangkat melebihi tempat mereka dan disembah sebagai berhala oleh kaum jahiliah.. Lata & Uzza tidak bersalah tetapi ketaksuban pendokongnya yg terkemudian itu yg menyesatkan mereka..
InsyaAllah nanti saya postkan review dan intipati setiap buku yang telah selesai dibaca...