Sunday, July 10, 2011

Rinjani 2011 Trip Log - Dekat di mata.. Jauh di kaki...

 *Gambar-gambar dan nota elevation akan dikemaskini kemudian..

Selepas pertarungan 7.5 jam .. akhirnya tiba ke puncak rinjani.. Alhamdulillah...


Alhamdulillah.. dengan izinNya.. trip Rinjani 2011 berjalan dengan lancar.. terima kasih kepada organizer & pemudahcara ( Hadzrey Arey..Trimen Wahono.. Mustika Ika ) .. terima kasih juga kepada guide mas Tatang & mas Joker yang sabar dengan telatah kami dan menemani kami sepanjang perjalanan.. memberikan dorongan demi dorongan... ayat mas tatang yg paling utama utk saya yg sentiasa di belakang "Pasti sampei asalkan jalurnya nggak ditontoni aja" sentiasa menceriakan.. hehehe...dan juga rakan-rakan sepertualangan... kalian the best!.. semoga ini bukan trip yang terakhir ke sini... RINJANI.. WE'LL BE BACK...

Log trip ini sekadar rujukan untuk trip yang akan datang... andai memberikan manfaat kepada yang lain bagus juga... log trip ini juga berdasarkan jangkaan kasar kerana ia berdasarkan ingatan dan tidak dicatat secara detail..


Day 0

10:55 am    - Naik flight dari LCCT, Kuala Lumpur

2:45 am        - Landing di Bandara Denpasar .. bertemu dengan Trimen Wahono & Todd yang telah sampai lebih awal
        - Jalan-jalan di toko outdoor sekitar Bali sementara menanti teman yang berbeza flight

12:00 pm    - @ Pelabuhan Padang Bai, Bali untuk naik feri ke Lombok  (Kos tiket 36,000 Rupiah/person).. feri bertolak jam 1:00 pagi .. dapat Feri baru dan selesa..

Day 1
6:00 am     - tiba di Pelabuhan Lembar.. dijemput dan berehat di rumah baru ika di Resort LA sementara menanti pembelian logistiknya lengkap dan repacking untuk sebahagian barang ditumpang di rumah Ika

11:00 am     - bertolak ke Pelawangan Sembalun

1:00 pm     - tiba di Kantor untuk registrasi dan persiapan porter untuk mula mendaki .. [kos porter meningkat agak tinggi berbanding trip 2009.. kos sekarang 100,000 rupiah sehari.. ]

2:45 pm     - mula berjalan menerusi kebun sayur... savannah dan merentasi bukit bukit kecil.. (Sembalun-Pos 1 makan masa 1 jam 30 minit.. Pos 1->Pos 2 hanya 30-40 minit dan Pos 2-> Pos 3 juga hanya 30-40 minit .. tempoh masa hanyalah anggaran)

5:30 pm     - Semua dah sampai di Pos 3.. lokasi perkhemahan di bawah sedikit dari Pos 3 yang dekat dengan sumber mata air

"Nota sumber air: Ada beberapa sumber mata air di kawasan laluan sungai di pos 3 & 2 walaupun ketika musim kemarau"


Sunrise @ Pos 3, Sembalun Lawang Route
Sunrise di Pos 3

Day 2
9:00 am     - Bertolak dari Pos 3 menuju ke Pelawangan Sembalun (Sembalun Crater).. perjalanan merentasi sejumlah 7 bukit yang sentiasa menaik..

Cloudy Landscape
Cloudy landscape... :)

2:00 pm     - Semua telah tiba di kawasan pelawangan Sembalun.. pemandangan alam yang amat memukau di sini... 30minit-sejam tempoh dihabiskan untuk mengambil gambar

Pelawangan Sembalun (2902 meters above sea level) enroute to Mount Rinjani (3726m)
Pemandangan di Pos Pelawangan Sembalun

3:00 pm         - Khemah dah didirikan dan semua istirehat
        - Aktiviti.. mengambil gambar .. mengambil air...sementara menanti summit attack pada malam hari

"Nota sumber air: Ada sumber air yang besar dan bagus di pelawangan berdekatan dengan lokasi sebelum jalur ke puncak.. perlu menurun sedikit dalam 50m untuk ke lokasi sumber air.. ada signboard menunjukkan arah.."

Nature Colour Festival at 2902 meters from sea level
Sunrise di Pelawangan Sembalun

Day 3
1:30 am     - bangun dan bersiap-siap ke summit attack... porter menyediakan sarapan mee & nasi untuk tenaga menuju puncak

Kelihatan Gunung Baru Jari dari puncak Rinjani (3726 MDPL)


2:30 am     - summit attack .. selepas 4.5 jam semua telah sampai ke puncak kecuali saya yang hanya berjaya menjejakkan kaki ke puncak selepas 7 jam 30 minit .. kawasan paling sukar ialah kawasan terakhir yang berpasir sejauh 300m yang memakan masa 2.5 jam untuk saya mendakinya kerana stuktur tanah yang longsor.. tapi berbanding dengan pasir semeru.. gunung pasir rinjani lebih mudah didaki membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjejakkan kaki ke puncak walaupun orang lain semua dah turun ketika itu..  perjalanan balik ternyata lebih mudah dan memakan masa 50% dari perjalanan menaik...

Pemandangan panorama yang diambil dari kawasan puncak.. kelihatan Danau Segara Anak dan Gunung Barujari di bawah
 4:00 pm     - memulakan perjalanan ke Danau... kebiasaannya perjalanan ke danau bermula sekurangnya jam 12:00pm tetapi perjalanan kami lewat bermula sedikit kerana memberikan waktu istirehat sebentar kepada saya yang turun lewat (sampai jam 2:00 pm di kawasan khemah/tenda... 8 jam naik.. 3 jam 30 minit menurun.. )

Rinjani Conqueror
Kelihatan sekumpulan pendaki (satu keluarga besar) sedang menuruni kawasan berpasir dari Puncak Rinjani

        Perjalanan dari Pelawangan Sembalun ke Danau bermula dengan menurun melalui kawasan berbatu di lereng bukit.. sebaiknya keluar dari kawasan berbatu ini sebelum malam untuk memudahkan perjalanan.. keluar aja dari lereng bukit ini akan melalui kawasan di mana sejumlah 7 orang mahasiswa ditemui meninggal pada tahun 2007... dipercayai mati kesejukan dan kehabisan logistik..

Selepas itu perjalanan sedikit landai merentasi 2 jambatan sungai dan kemudian melalui lereng-lereng bukit yang sedikit berbukit dan berbatu.. anda akan tahu anda sudah hampir bila telah memasuki jalur di kawasan hutan pine ..

6:30 pm     - kumpulan pertama sampai ke kawasan danau.. yang terakhir sampai jam 8pm  (tempoh perjalanan dari pelawangan ke danau ialah 2.5 jam - 4 jam)

"Nota sumber air: sungguhpun terdapat sumber air yang teramat besar di depan mata (danau).. tetapi kualiti airnya adalah seperti kualiti air tasik yang kurang enak dan mempunyai sedikit sulfur... jadi kebiasaan air untuk minuman dan masakan diambil dari sumber mata air.. bergantung kepada lokasi khemah.. lokasi mata air terletak antara 15-20 minit perjalanan"

Segara Anak Lake with Mount Barujari Volcano and Mount Rinjani Peak
Pemandangan di Danau Segara Anak yang memukau dengan Gunung Barujari di depan mata

Day 4
9:00 am     - berjalan jalan sekitar danau.. Gua Susu.. Air Panas.. di danau ini juga ayam yang dibawa dari Sembalung Lawang tempohari disembelih.. dimasak ayam pelecing oleh porter...

3:00 pm        - bertolak keluar dari danau... perjalanan bermula di pinggiran danau..  kemudian memasuki hutan menuju ke Batu Ceper.. jalur jenis tanah dan batu yang mudah untuk didaki.. sekali sekala perlu memanjat batu tetapi tidak sukar dan tidak terlalu curam

4:30 pm        - tiba di Batu Ceper..  tidak lama selepas Batu Ceper.. perjalanan akan mula melalui lereng-lereng bukit yang berbatu..  di sini perlu sedikit berhati-hati.. walaupun jalurnya agak besar tetapi pernah berlaku kejadian pendaki jatuh di lereng ini beberapa tahun lalu.. tahap bahaya hampir sama seperti di jalur bukit tabur.. ianya selamat cuma perlu berhati-hati aja..  sebaiknya jangan bergantung kepada pemegang jalan di tepi lereng kerana kita tidak tahu samada pemegang itu kukuh atau tidak..

6:00 pm     - sebahagian pada waktu ini dah tiba di pos 3.. manakala saya baru keluar di kawasan pelawangan.. ternyata pemandangan sunset dari pelawangan senaru ini ialah satu pemandangan dan keajaiban yang tidak dapat dilupakan... melihat matahari sunset di atas awan bersebelahan dengan gunung agung yang kelihatan jelas amatlah menarik..

8:00 pm     - orang terakhir selamat sampai di kem Pos 3

"Nota sumber air : terdapat sumber air yang terletak pada jarak 20-25 minit dari Pos 3.. jika di Pos 2 jarak airnya lebih dekat hanya sekitar 5 minit - 100m"

Day 5
8:30 am        - mula berjalan keluar... perjalanan merentasi Pos 2 (2.2km).. Pos Extra (1.1km) .. Pos 1 (1km) dan Pintu Rimba (1km).. perjalanan merentasi kawasan hutan yang amat bagus jalurnya.. hanya Pos 3- Pos 2 memakan masa sejam manakala di antara pos lain cuma memakan masa sekitar 30 minit..

11:00 am     - kumpulan pertama sampai di Pintu Rimba.. yang terakhir hanya berbeza 20-25 minit sahaja.. semua berehat sambil makan tengahari di warung pak Ahmad Ridhuan & Ibu Numarni... bila ditanya kepada ibu Numarni samada ingat kepada saya 2 tahun lepas yang dipanggilnya gendut tika sampai di Pintu Rimba.. ternyata die nyatakan die ingat.. semoga panjang umur dan dapat kita bertemu lagi di masa akan datang...
Selepas makan tengahari.. langsung ke kantor (30-40 minit dari Pintu Rimba) dan berjumpa dengan Ika yang dah siap menanti... selepas melihat barang-barang souvenir kami langsung berjalan ke Pantai Senggigi.. kemudian ke rumah Ika untuk bersiap siap sambil menanti feri di waktu malam... sempat shopping di beberapa toko outdoor dan makan malam di bandar..

12:00 pm     - menaiki feri di Pelabuhan Lembar (harga tiket 36,000 rupiah/person) menuju ke Pelabuhan Bai, Bali.. waktu ini kami mendapat feri yang berbeza sedikit.. ada tempat tidurnya yang beserta tilam cuba perlu dibayar tambahan 20,000 rupiah.. kami tidur aja di kerusi kerusi panjang..


Ringkasan Tempoh Perjalanan
Day 1 : 2-3 hours (Kantor Sembalun Lawang-Pos 3 Sembalun)
Day 2 : 4-5 hours (Pos 3 - Pos Pelawangan Sembalun)
Day 3 : 8-12 hours (summit attack) & 2.5-4.5 hour (Pos Pelawangan Sembalun - Pos Danau)
Day 4 : 3-5 hours (Pos Danau-Pos Pelawangan Senaru-Pos 3 Senaru)
Day 5 : 3 hours (Pos 3 Senaru-Pintu Rimba-Kantor Senaru)

Itenary yang sangat santai.. yg menguras tenaga cuma hari ke-3 semasa summit peak & terus turun ke danau

Day 6
5:30 am     - sampai di Pelabuhan Bai, Bali

6:30 am        - sarapan di Pelabuhan sementara menanti Trimen...

7:00 am     - Trimen sampai langsung di bawa berjalan-jalan sekitar Bali  (Gunung Batur, Kintamani, Ubud) sebelum check-in di hotel di Kuta (Hotel Arena, Poppies Lane I - Hotel ada swimming pool, AC pada harga 200,000 rupiah/malam untuk 2 org.. kalau bertiga 300,000 rupiah/malam.. ada kemudahan pembayaran credit card.. sebenarnya banyak lagi hotel yang ada sekitar Kuta di Poppies Lane I & II.. hanya perlu jalan jalan aja mencari yang sesuai.. bermula dari 100,000 rupiah/semalam)


setakat ini ajalah log rinjani.. log ini akan dikemaskini dengan gambar dan butiran elevation kemudian... timing akan dikemaskini bila melihat maklumat exif pada gambar-gambar yang diambil nanti.. insyaAllah akan kembali lagi.. sekurang-kurangnya 2 tahun sekali akan ke Rinjani ini.. terima kasih kepada organizer arey & pemudahcara kami di Bali (Trimen) dan pemudahcara kami di Lombok (Ika) ... tanpa kalian pasti trip ini gak lancar... makasih sangat-sangat.. RINJANI.. WE'LL BE BACK...


Nota untuk trip akan datang
- Waktu datang untuk semua orang sebaiknya sama.. kerana menyukarkan pengurusan waktu dan logistik... waktu balik berbeza tak mengapa
- Pada masa akan datang mungkin lebih pantas mengambil flight dari Denpasar terus ke Mataram.. jimat sehari.. kos flight juga pada waktu ini lebih murah berbanding 2009 (sekarang sekitar 180,000 rupiah/person.. tahun 2009 hampir 2x ganda beza).. naik feri bila balik dari Lombok
- Waktu terbaik untuk fotografi tak semestinya terbaik utk porter.. misalnya Pelawangan Senaru yang amat cantik utk fotografi terbaik sukar bagi porter kerana jarak sumber air yang jauh.. dan juga lokasi perkhemahan di kawasan berpasir di Danau yang juga jauh dari mata air.. perlu ada kompromi..
- Jangan abaikan latihan.. menyiksa badan bila tak buat training... (pesanan khusus utk diri sendiri yg tak prepare utk ke rinjani.. )
- Sediakan spare sandal.. sebaiknya pakai kasut mendaki.. bukan selipar jepun!

Sandal kaki yang rosak selepas main 'ski' di puncak Rinjani.. perjalanan diteruskan dengan selipar jepun


BERSIH 2.0


Peludah Warna

...Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Wednesday, February 16, 2011

Twister

From thesaurus.com

Main Entry: twist
Part of Speech: verb
Definition: misrepresent
Synonyms: alter, belie, change, color, contort, distort, falsify, garble, misquote, misstate, pervert, warp
Antonyms: explain, explicate

Politician and word twister are like twin brothers. They can't be separated. Today the BAR were raised higher although by a different profession. I'm appalled to read in the Sun that with better efficiency there will be an increase of 300-400% in cost to the end user. For the first time i'ved heard such argument. Let see some interesting snippet quoted directly from http://203.115.192.117/thursday/index.html (this link will be obselete within one week - alternative link http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=57662 ).

Legal fees are expected to shoot up by 300-400% in the coming months. The reason: rising costs due to the better efficiency of the court system in disposing of case.
 
.. while the Bar Council had supported the changes introduced by Zaki, the public must, however, be prepared to fork out higher legal fees due to the changes.

He said that legal fees in Malaysia were “fairly cheap” compared with those in Singapore and Hongkong.


By and large the legal profession has been supportive of the changes but the public must understand that it involves more than dollars and cents

 Interesting also when they try to compare our fees with country like Singapore and Hong Kong when they per capita income of those country is at least 3-4x higher than us. Here are some random figure taken from the net indicating the per capita income of those three country in 2008. Maybe we catch up already in 2011? Hmm...
Malaysia  USD15,300 (2008 est.) 
Singapore  USD52,000 (2008 est.) 
Hong Kong  USD43,800 (2008 est.) 



Ps: Wonder what happen to the Susilawati case. Another twisted fate?

Source:
1. http://thesaurus.com/browse/twist
2. http://203.115.192.117/thursday/index.html or http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=57662
3. http://siakhenn.tripod.com/capita.html

Monday, February 7, 2011

Baskin Robbins - Emir, the 5 years old boy love confession


Setahu saya tak pernah pun my wife nie edit video... tapi passion die kepada contest membolehkan die belajar apa saja utk nak menang... ingatkan mende lah die suruh my boy baca skrip kat microphone komputer.. rupenya edit video.. hehhehe

For the record she has won quite a lot in the pass including a fully paid trip to Los Angeles to watch the last season American Idol Final ..

Kalau suke tengok.. tambahlah senyuman kepada wajah bini saya nie dengan klik like kat entry die..  2 step aja..

Step 1
LIKE Baskin Robbins's Facebook


Its not an application which deter a lot of people including me. Just need your 'like' only.. :) .. appreciate any help.. :D


Wednesday, February 2, 2011

My recent history readings


Sebelum mengenali fotografi... membaca ialah hobi saya... dari kecil suka membaca.. teringat ketika kecil  mulai darjah 4 tiap hujung minggu abah abah akan menghantar ke perpustakaan awam di bandar Melaka pada waktu pagi sebelum mengambil balik pada waktu tengahari.. ketika itu perpustakaan awam terletak di Jalan Hang Tuah bersebelahan dengan stesen bas ekspress melaka di sebelah sungai melaka ..bila sudah pandai naik bas masa darjah lima .. pergi sendiri aja selepas itu..

Satu lagi perpustakaan yang saya suka luangkan waktu ialah Perpustakaan Masjid Al-Azim... setiap kali selepas jumaat semasa cuti sekolah pasti akan berlegar di sekitar perpustakaan ini mencari bahan bahan yang menarik.. saya masih ingat lagi ketika di perpustakaan itu saya ada membaca terjemahan kitab Injil Barnabas yang dikatakan bible yang sebenar yang mengandungi ayat meramalkan kehadiran nabi muhammad.. pihak kristian menganggap injil barnabas adalah rekaan orang islam.. baca lebih lanjut mengenainya di sini... rasanya hampir separuh juga membacanya ketika itu... intipatinya selari dengan ajaran islam..  bila difikirkan balik awalnya sudah membaca benda yang berat-berat..

Satu genre buku yang amat saya minati ialah sejarah... (which is why i can get A for sejarah during PMR and A1 for sejarah during SPM ) tika itu habis satu kitab hayatus sahabah saya baca di perpustakaan melaka... tika itu muskil juga tentang mengapa terjadi civil war kalangan umat islam pada zaman khalifah Ali seperti perang siffin.. perang jamal dan sebagainya.. tapi kemusykilan itu mati begitu sahaja ketika itu... Allah yang lebih mengetahui akan sebabnya..

Bukan sahaja genre sejarah.. novel pun boleh tahan juga lah ketika itu... ingat lagi hadiah yang biasa diberi oleh abah ialah buku cerita penyiasatan harry dan juga satu siri penyiasatan versi melayu yang saya dah lupa tajuknya...

Beberapa minggu sudah.. ketika menanti isteri & anak shopping ... duduk lah sebentar di kedai buku Popular... terlihat buku mengenai Muhammad Al Fateh Penakluk Constantinople.. sambil sambil menyelak helaian.. mata terus terpana pada kesah penaklukan yang dinukil dengan menarik dalam bentuk novel oleh pengarang Abdul Latip Talib... pelaksanaan strategi jihad.. strategi menembusi kawalan di tanduk emas  yang amat luarbiasa hasil dari ilham mimpi.. dan seterusnya kemenangan penaklukan.. tika itu tak sempat menghabiskan tetapi jiwa sudah terpaut utk memilikinya... kemudiannya saya dapatkannya bersama dengan kisah Salehuddin Al Ayubi..

Membaca sejarah melalui novel membuatkan amat mudah untuk minda ini menghadamnya menjadikannya memori... akhirnya saya juga mendapatkan 5 lagi novel sejarah oleh Abdul Latib Talib yang dijual dalam edisi jimat (RM14-15) ... tetapi rasanya 2 buku yang pertama saya beli dan baca juga lah yang terbaik dari Abdul Latip Talib.. nukilannya lebih teratur dalam bentuk cerita.. Terdetik juga samada terdapat perubahan kandungan atau gaya bahasa utk edisi jimat yang membuatkannya kurang umpphh berbanding dengan edisi normal.. Nanti akan saya cuba bandingkan kemudian..

Selain dari itu.. satu lagi buku yang saya dapatkan ialah berkenaan kisah Karbala nukin Faisal Tehrani.. satu episod hitam yang memilukan dalam sejarah umat islam.. sedihnya ramai kalangan kita tidak langsung mengetahui akan kesah ini.. kisah di mana cucu nabi hussien bin ali dan penyokongnya disembelih oleh pasukan tentera yang di pimpin Omar bin Saad bin Abi Waqqas atas arahan Yazid bin Muawiyah... Ironi bukan... Saad bin Abi Waqqas adalah salah seorang dari 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga tetapi anaknya menjadi penyembelih keturunan Rasulullah s.a.w.

Mungkin kerana kisah ini dikaitkan dengan ideologi syiah maka ramai sunni yang tidak mengambil endah tetapi tidak malukah kita mengatakan kita cinta kepada Rasulullah tetapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku terhadap darah dagingnya? Kisah Karbala adalah sejarah hitam semua dan kisahnya perlu diketahui dan diteladani bersama.. Anda tidak menjadi akan menjadi syiah dengan memahami sejarah islam tetapi akan menjadi sunni yang lebih teguh... Tidak cucu baginda s.a.w.  Saidina Hussein bin Ali ketahui bahawa akibat hiruk pikuk dari peristiwa berdarah itu semakin besar perpecahan yang membawa kepada kewujudan ideologi syiah .. ketaksuban syiah ali ini membuatkan sebahagian besar dari mereka menafikan kekhalifahan 3 yang pertama walaupun hakikatnya Saidina Ali r.a. sendiri membaiah ke-tiga tiga khalifah ini yang menjadi pembela di awal kelahiran Islam.. semoga Allah merahmati mereka semua..

Pada hemat saya, satu perkara yang kita boleh pelajari dari sejarah pergolakan ini ialah.. perebutan kuasa politik boleh menjadi penyebab perpecahan yang tidak boleh dicantum kembali.. justeru.. ingat-ingatlah bila berpolitik.. jangan terlebih taksub.. jangan sampai kita kafir mengkafir atas perbezaan politik andai kalimah syahadah kita tetap sama.. dan jangan kita mengangkat martabat  seseorang melebihi tempatnya (taksub).. Lata & Uzza adalah orang salih yang memberi makan dan minum kepada mereka yang mengerjakan haji di zaman dahulu kala yang kemudian yang diangkat melebihi tempat mereka dan disembah sebagai berhala oleh kaum jahiliah.. Lata & Uzza tidak bersalah tetapi ketaksuban pendokongnya yg terkemudian itu yg menyesatkan mereka..

InsyaAllah nanti saya postkan review dan intipati setiap buku yang telah selesai dibaca...

Sunday, January 16, 2011

Tenang .. the battle begun.. via twitter..



The battle for the heart & votes of Tenang folks has begun.. via twitter..

Tatkala hendak mengemaskini status twitter berkenaan blog entri untuk laman fotoblog saya .. terlihat sekilas beberapa update dari beberapa personaliti politik tanahair.. semua menjurus kepada perkembangan di Tenang.. nampaknya calon Tenang telah diumumkan.. Puan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis untuk pilihanraya kecil pertama tahun 2011.. Tahniah kepada PAS kerana mengumumkan calon muslimat untuk pilihanraya ini..

Terdetik di hati.. nampaknya medium cyberwar ini sememangnya dimonopoli dan diambil berat oleh policitian ... ia seolah menjadi medium bukan sahaja untuk menyebarkan pandangan mereka tetapi juga menjadi medium untuk mereka menghebahkan aktiviti terkini mereka... acapkali terlihat status seperti
  • dinner with indian/malay/chinese community of ***
  • just meet up with RA of ***
  • lunch with ** discussiong ***
Namun tika ini.. pemenangnya amat berat sebelah...  majoriti pemainnya dari kalangan Pakatan Rakyat...  amat sedikit ahli politik Barisan Nasional yang mengambil berat akan medium ini..Kalau dijadikan permainan padang bola tanpa limit ahli BN pasti kalah 20-3 sebab yang hanya berminat dengan medium ini tinggal Najib, Khairy dan Dr Chua. Ada ahli politik BN yang lain pun hanya berminat berbicara benda kosong umpama EPL.. golf..  dsbnya.. kalau berbicara politik dalilnya kosong.. hanya tahu menghentam peribadi aja.. sedikit sekali ada update tentang aktiviti yang memberi manfaat untuk rakyat di kawasan parlimen/adun mereka.. Twitter terakhir dari Timbalan Najib (Muhyiddin) ialah pada 2 July 2009 (18 bulan yang lalu!).

Kalau ada sesuatu yang ahli politik pakatan pelajari dari ribut politik 2008.. ialah cyberwar matters.. ahli politik BN? They seem to learn nothing... and keep playing the stupid & dangerous racial cards.. cybertroopers hanya sibuk membuat posting pengacau yang tidak berilmiah yang menggambarkan kebodohan sendiri..

Kalau anda fikir medium ini tidak bermakna.. sila lihat tweet dari shamsuliskandar di bawah... 


 Sepantas kilat seantero malaya yang mengikuti saudara shamsuliskandar akan mengetahui ketidakadilan yang berlaku kepada suami calon PAS (yang mana sebahagian kecil mungkin pengundi di Tenang ataupun mengenali seseorang di sana).. seorang guru di Tenang/Labis yang apabila isterinya dikhabarkan akan menjadi Calon PAS untuk pilihanraya Tenang terus ditukarkan dengan notis 24jam ke JB...  Boleh tahan baghal jugak  ...  Mungkin anda puas dapat mengucar kacirkan sedikit hidup orang yang menyokong perjuangan PAS tetapi lupakah anda bahawa fakta ini boleh membuatkan pengundi atas pagar memberikan undi simpati kepada PAS? Mainkan saja sentimen kekejaman yang sememangnya jelas ada elemen penganiyaan ini dan pasti akan ada yang memberikan undi mereka kepada PAS kelak. (kemaskini: arahan pemindahan telah ditarikbalik .. )

Meanwhile.. lets take a back seat and enjoy watching another political wrestling  .. i'm waiting for the smack down move ;)

#ini pandangan dari seorang newbie twitter yang masih terkial kial lagi memahami kod arahan twitter...learning slowly..

Friday, January 14, 2011

Quantifying beauty .. how to?

Gambar silhuette penunggang kuda ketika matahari terbenam
 Di kantin kelmarin.. tatkala rutin sarapan pagi bersama rakan sekerja.. terselak laman suratkhabar thestar yang memaparkan satu gambar oleh reuters ..silhouette 3 penunggang kuda dari pantai palestin...memang cantik gambarnya.. timbul perbincangan mengapa gambar itu cantik.. mengapa mata kita sekilas memandang mengatakan gambar itu sedap mata dipandang.. pelbagai teori dikemukakan.. dari segi komposisi warna.. elemen leading line.. elemen gambar yang tidak serabut.. persoalan seterusnya.. can it be quantified? bolehkah elemen yang menaktifkan samada gambar itu cantik atau tidak diekstrak atau secara automatik oleh sebarang algorithm. Masuk aja ke dalam komputer boleh diberitahu markahnya samada gambar snapshot atau gambar masterpiece? Bolehkah?

Persoalan ini sebenarnya lanjutan dari cetusan idea oleh seorang profesor fizik yang dipinjamkan menjadi dekan di fakulti saya. Inilah padahnya bila anda add bos anda dalam facebook.. semua aktiviti anda dia tahu.. terus die memberikan idea bagaimana nak translate hobi kepada aktiviti penyelidikan.. beliau mencadangkan kepada saya untuk mengkaji bagaimana hendak meng'quantify'kan kecantikan suatu gambar...Beliau cakap.. jadilah perintis untuk penyelidikan ini ..

My reaction? .. saya tersengih aja.. walaupun tika ini saya menumpukan kepada penyelidikan pemprosesan imej dan signal dalam bidang perubatan.. penyelidikan yang saya lakukan amat straightforward.. misalnya imej MRI boleh memberikan pelbagai maklumat kepada doktor tentang tahap kesihatan atau penyakit tertentu.. apa yang saya lakukan adalah mencari elemen yang boleh dijadikan sandaran atau di'quantify'kan dari gambar/signal itu seterusnya mentafsirkan gambar tersebut.. jadi analisis komputer boleh memberi analisis awal tentang masalah/jenis penyakit yang dihidapi.. signal ECG misalnya boleh menjadi indikasi penyakit jantung tertentu.. bagaimana utk kenalpasti? cari pattern yang konsisten dalam semua signal penyakit yang sama dan kenalpastikan ia.. jadi program komputer boleh membantu pada peringkat awal dengan mengenalpasti jenis penyakit yang kemudiannya boleh disahkan oleh doktor pakar... sepanjang 2 tahun lalu saja saya telah supervise belasan pelajar master dalam bidang ini (separuh telah /hampir graduate).. hajat di hati tentulah untuk mengaplikasikan pengetahuan/pengalaman ini untuk topik PhD..

Walaupun saya boleh menggunakan pengetahuan feature extraction & classification yang ada untuk membantu dalam penyelidikan ini tetapi domain ini agak fuzzy.. how do you quantify something subjective? Not easy maahh.. quantifying medical image or signal is far easier.. hehehe..

Sebenarnya ini bukan kali pertama beliau utarakan cetusan idea tersebut.. beberapa bulan lalu semasa bertemu di akademi pengajian islam semasa sarapan pagi (kurang pasti samada ketika itu beliau telah menjadi dekan  atau belum) juga beliau ada cadangkan tentang mencari parameter yang membuatkan sebuah lukisan itu cantik.. mengapa lukisan tertentu mempunyai nilai yang lebih tinggi dari lukisan yang lain.. is there any certain feature extraction algorithm that can tell us the similarity between those successful painting? DWT? FT? any? Begitulah antara cetusan idea oleh beliau.

Cuba untuk mencari sebarang kertas penyelidikan berkaitan. Pencarian saya menerusi citeseerX menemui jalan buntu, gagal menjumpai sebarang kertas penyelidikan yang relevan. Terpinga pinga juga kerana saya jangkakan telah ada penyelidikan dalam area itu. Walaupun citeseerX  menempatkan hanya sebahagian kecil share kertas penyelidikan dalam bidang Computer Science/Engineering tapi kebiasaannya ia boleh memberikan hasil yang memuaskan untuk sebarang carian saya sebelum ini. Saya lebih berminat menggunakan citeseerX kerana keupayaannya untuk mencari/link artikel yang dijadikan rujukan (paper that being referenced by a particular paper) mahupun artikel yang cite  paper tertentu(newer paper that cite a particular paper). Jadi satu hit boleh membawa kepada banyak hit yang relevan.


Pencarian menerusi medium lain menghasilkan beberapa artikel yang relevan. Antaranya kertas penyelidikan bertajuk "Quantifying beauty: the equation is a beast" oleh Deanna Carpenter dalam Journal of Sex Research [1]. Namun kertas penyelidikan beliau melihat kepada permukaan sahaja dan perbincangannya meliputi keseluruhan ketrampilan diri dan bukan sahaja kecantikan wajah. Satu lagi artikel menyentuh tentang isu meng'quantify'kan kecantikan wajah untuk tujuan membantu dalam pembedahan plastik[2]. Satu kertas penyelidikan cuba menggunakan formula matematik tertentu untuk mengubah wajah menjadi lebih cantik [3]. Kebanyakan penyelidikan hanya menyentuh feature pada wajah manusia dan sehingga kini masih belum menemui sebarang penyelidikan yang releven tentang meng'quantify'kan gambar berbentuk landscape atau pemandangan.  Dulu pernah membaca artikel tentang analisis spektrum untuk lukisan pelukis terkenal tetapi tidak ingat di mana. 

Ini membuatkan saya memberi analogi kepada prof tentang sukarnya andai saya memilih jalur ini untuk penyelidikan phd saya. Saya nyatakan lebih mudah untuk mencari jalan yang lebih bagus andai telah wujud jalan lain yang boleh dijadikan benchmark atau perbandingan. Improving is easier than inventing. Memilih topik ini bermakna saya tidak ada sebarang jalur untuk bermula. Terpaksa mencantas sendiri laluan baru yang mana tidak tahu samada boleh sampai atau tidak ke destinasi. Beliau membalas, menjadi pelopor membolehkan semua orang yang terkemudian untuk cite/merujuk paper saya. For him it is worth the risk. Memang takleh menang cakap ngan orang pandai nih.. aduhh..

Mana tahu nanti pada suatu hari nanti.. feature utama dari kamera kita ialah dia boleh memberitahu komposisi kita itu bagus atau tidak... sekarang dia bisu aja.. :D


Rujukan
[1] Deanna Carpenter "Quantifying beauty: the equation is a beast". Journal of Sex Research. 14 Jan, 2011. http://findarticles.com/p/articles/mi_m2372/is_4_46/ai_n35649833/
[2] Michael J. Gunson et al "Can Beauty Be Quantified?" , Orthodontic Products , September 2009 http://www.orthodonticproductsonline.com/issues/articles/2009-09_07.asp
[3] Leyvand et al "Data-driven enhancement of facial attractiveness", ACM Transactions on Graphics (TOG) - Proceedings of ACM SIGGRAPH 2008 Vol 27 (3), August 2008.  http://dx.doi.org/10.1145/1399504.1360637

(Update : Terjumpa kertas penyelidikan yang diterbitkan pada tahun 1970 yang cuba meng'quantify'kan scenic beauty dalam foto.. 40 tahun lalu orang telah terfikirkan tentang ini cuma penyelidikan dalam bidang ini masih belum matang atau mencapai hasil yang konsisten. Click sini untuk kertas tersebut)

Thursday, January 13, 2011

Guarantor? - larikan diri anda!

 
1 My child, if you have put up security for a friend’s debt
or agreed to guarantee the debt of a stranger—
2 if you have trapped yourself by your agreement
and are caught by what you said—
3 follow my advice and save yourself,
for you have placed yourself at your friend’s mercy.
Now swallow your pride;
go and beg to have your name erased.
4 Don’t put it off; do it now!
Don’t rest until you do.
5 Save yourself like a gazelle escaping from a hunter,
like a bird fleeing from a net.
[Excerpt from Proverbs 6]



#artikel ini adalah sinambungan dari artikel terdahulu tentang analisis naskah ecclesiastes

Cebisan mutiara kata di atas adalah dari naskah Proverb (salah satu naskah dalam susunan Hebrew Bible). Narrator di dalam naskah ini dikatakan adalah King Solomon sendiri. Meskipun ada pendapat mengatakan Proverb ini ditulis oleh orang lain pada waktu yang terkemudian namun yang menjadi isipati ulasan saya ialah betapa sistem guarantor ini telah wujud sejak sekian lamanya.

Jika dilihat pada sejarah, King Solomon yang dilahirkan 1011 BC memerintah Jurusalem di antara 971 - 931 BC. Pada waktu ini dikatakan kemakmuran Jurusalem adalah pada tahap tertinggi di bawah pemerintahan King Solomon. Dari perspektif Islam pada zaman ini jugalah semua binatang dan Jin tunduk kepada pemerintahan Nabi Sulaiman. 

Bersandarkan frasa ini, ia menunjukkan  sistem guarantor ini telah mula diguna pakai sejak ribuan tahun dahulu dan mungkin ianya dipelopori atau diperkasakan oleh orang Yahudi yang sememangnya bijak mencari rezeki dalam perniagaan. Lihat siapa yang menguasai sistem ekonomi dunia sekarang dengan sistem duit fiat? Siapa yang membenarkan AS bersenang lenang mencetak duit dan menjualnya kepada semua bank pusat di seluruh dunia (termasuk Bank Negara Malaysia) dengan anggapan kertas itu mempunyai nilai?

Melihat kepada kata nasihat yang disampaikan dalam bab ini, ianya menyebut bahawa jangan sesekali kita terperangkap menjadi guarantor kepada orang yang bukan dalam lingkungan terdekat (stranger) mahupun rakan. Perbuatan tersebut adalah perbuatan yang memerangkap diri sendiri dan diri anda perlu melepaskan diri dari itu sepantas yang mungkin sebelum terlambat.Kalau kini perangkapnya kita mungkin dibankrapkan dek hutang kawan tetapi dahulu kala anda boleh dihambaabdikan untuk menanggung hutang selama bertahun tahun.

Berapa ramai di kalangan kita terperangkap dek perangkap guarantor ini. Adakala nya rakan pejabat, jiran mahupun saudara mara. Tatkala memohon pelbagai janji ditaburkan pelbagai perkara digembar gemburkan tetapi apabila hutang tak berbayar, anda menjadi mangsa. Harus diingat dalam sistem perbankan di Malaysia, apabila anda menjadi guarantor, maka nama anda juga dimasukkan ke dalam sistem sebagai penghutang walaupun pemilik hutangnya adalah orang lain. Justeru ini boleh menjadi penghalang jika anda ingin membuat pinjaman meskipun hutang tersebut tidak ada sebarang masalah.

Tapi kalau hutang itu bermasalah maka anda juga akan menanggung akibat seolah olah anda yang berhutang walaupun orang lain yang berjoli dengan duit dari bank itu. Pendek kata orang lain dapat duit beli lembu susu, anda dapat tahinya aja dan terpaksa membayarnya pula.  Bayangkan hidup anda apabila tiba-tiba nama anda disenaraihitam kan oleh institusi kewangan semata-mata kerana ada orang lain tidak reti membayar hutangnya. Kalau hendak nama dibersihkan terpaksa pula membayarkan hutang orang itu. Orang itu pula endah tidak endah terhadap hutangnya. Telefon dimatikan. Andai dapat dihubungi pun bersikap acuh tidak acuh.

Itu belum lagi mengambil kira anda terpaksa berkongsi dosa riba secara bersama. Tahukah anda dosa bergelumang dengan riba yang paling kecil adalah seumpama berzina dengan ibu sendiri? Nauzubillah min zalik.

"Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri”
[HR al-Hakim dan al-Baihaqi].

Jadi.. andai ada 'outsider' yang memohon anda jadi guarantor, larikan diri anda seperti rusa yang melarikan diri dari pemburunya!

Rujukan
[1] http://www.gotquestions.org/Book-of-Proverbs.html (Diakses 13 Januari 2011)
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Solomon (Diakses 13 Januari 2011)

Wednesday, January 12, 2011

Menelaah Naskah Ecclesiastes


Ecclesiastes adalah salah satu naskah sastera yahudi yang menurut sejarahnya [oleh majoriti] ditulis oleh King Solomon yang memerintah Jurusalem di antara 971 - 931 BC. Ada perdebatan tentang siapakah sebenarnya yang mengkompilasikan peribahasa peribahasa ini samada King Solomon  sendiri atau anaknya ataupun pengikutnya[1][2]. (Sebelum anda melatah mengkafirkan yahudi anda perlu ingat majoriti Nabi dan Rasul adalah dari bangsa yahudi.. mari kita berbincang secara ilmiah).

Penulis terjumpa dengan naskah ini tatkala  mencari frasa falsafah/peribahasa "Better to be criticized by a wise person than to be praised by a fool". Kaget saya sebentar apabila mendapati frasa ini sebenarnya datang dari Kitab Yahudi. Namun bila dilihat, seluruh naskah ini sebenarnya merupakan naskah kata-kata nasihat dan panduan kehidupan yang ternyata masih relevan dengan dunia sekarang. Format stuktur naskah ini mirip kepada kisah nasihat Lukman Al-Hakim yang mana mengisahkan seorang ayah menasihatkan anaknya tentang bagaimana mahu mengemudi kehidupan dengan kata-kata mutiara .

Bahagian yang memuatkan frasa carian saya itu ialah bab 7. Dikepilkan sedikit darinya di bawah ini.


 1 A good name is better than fine perfume,
   and the day of death better than the day of birth.
2 It is better to go to a house of mourning (funeral)
   than to go to a house of feasting (festival),
for death is the destiny of everyone;
   the living should take this to heart.
3 Frustration is better than laughter,
   because a sad face is good for the heart.
4 The heart of the wise is in the house of mourning,
   but the heart of fools is in the house of pleasure.
5 It is better to heed the rebuke of a wise person
   than to listen to the song of fools.
6 Like the crackling of thorns under the pot,
   so is the laughter of fools.
   This too is meaningless.
 7 Extortion turns a wise person into a fool,
   and a bribe corrupts the heart.
 8 The end of a matter is better than its beginning,
   and patience is better than pride.
9 Do not be quickly provoked in your spirit,
   for anger resides in the lap of fools.
[Excerpt from Ecclesiastes 7]


Melihat kepada sebahagian kecil naskah ini tentu akan terdetik bahawa banyak kata-kata proverb / peribahasa / wisdom (malah ada antaranya pernah kita guna pakai) sebenarnya berasal dari naskah lama yahudi. Naskah Ecclesiastes ini bukan naskah tauhid tetapi naskah nasihat.

Scholar ada membincang kemungkinan ianya hanyalah teks nasihat yang mengasosiasikan dirinya dengan King Solomon yang terkenal dengan kebijaksanaannya[3].  Ecclesiastes ini adalah salah satu dari susunan 39 naskah teks Hebrew dan Aramaic  dalam susunan Hebrew Bible [4]. Konteks naskah ini akan dihurai lebih lanjut dalam ulasan akan datang terutama perbezaan/persamaan dengan koleksi naskah yahudi yang lain seperti Torah, Talmud dan Tanakh.

Selain dari naskah Ecclesiastes ini, banyak naskah-naskah old testament (hebrew bible) yang sebenarnya merupakan susunan nasihat - Old Testament adalah nama yang digunakan oleh Christian merujuk kepada teks Hebrew Bible yang sama tetapi dengan susunan yang berbeza [5]. Sebahagiannya dikatakan ditulis oleh King Solomon juga ataupun oleh anak-anaknya/pengikutnya yang merakamkan nasihat dari King Solomon) seperti Proverbs, Song of Solomons dan Ecclesiastes. Naskah-naskah ini bersama beberapa naskah lain dikumpulkan dan dinamakan sebagai "Wisdom of Solomon"[6].

Dalam ulasan yang akan datang saya akan mengulas lebih lanjut beberapa falsafah dari naskah lama yahudi ini. Antara yang akan dibincangkan adalah nasihat untuk menjaga kebahagiaan rumah tangga dengan mengawal diri dari zina (misalnya dengan menjauhkan diri dari perempuan yang miang), nasihat dari segi kewangan misalnya nasihat jangan menjadi penjamin kepada hutang orang lain (menunjukkan sistem guarantor telah lama wujud sejak dulu tetapi dulu yang dipertaruhkan bukan hanya harta tetapi juga kebebasan diri - anda boleh diperhambakan jika gagal membayar hutang - biarpun ianya bukan hutang anda) dan juga nasihat tentang politik pemerintahan dan korupsi (yang mana menunjukkan korupsi sememangnya telah wujud sejak sekian lama).

Rujukan
[1] http://www.kffriends.org/Faith_reflect11.htm (diakses 13th Jan 2011)
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Ecclesiastes  (diakses 13th Jan 2011)
[3] http://en.wikipedia.org/wiki/Solomon  (diakses 13th Jan 2011)
[4] http://en.wikipedia.org/wiki/Hebrew_Bible  (diakses 13th Jan 2011)
[5] http://www.enotes.com/history-fact-finder/religion/what-difference-between-hebrew-bible-old-testament  (diakses 13th Jan 2011)
[6] http://en.wikipedia.org/wiki/Book_of_Wisdom  (diakses 13th Jan 2011)

Popular Posts (30 days)

Latest post from my photography blog