Thursday, January 13, 2011

Guarantor? - larikan diri anda!

 
1 My child, if you have put up security for a friend’s debt
or agreed to guarantee the debt of a stranger—
2 if you have trapped yourself by your agreement
and are caught by what you said—
3 follow my advice and save yourself,
for you have placed yourself at your friend’s mercy.
Now swallow your pride;
go and beg to have your name erased.
4 Don’t put it off; do it now!
Don’t rest until you do.
5 Save yourself like a gazelle escaping from a hunter,
like a bird fleeing from a net.
[Excerpt from Proverbs 6]



#artikel ini adalah sinambungan dari artikel terdahulu tentang analisis naskah ecclesiastes

Cebisan mutiara kata di atas adalah dari naskah Proverb (salah satu naskah dalam susunan Hebrew Bible). Narrator di dalam naskah ini dikatakan adalah King Solomon sendiri. Meskipun ada pendapat mengatakan Proverb ini ditulis oleh orang lain pada waktu yang terkemudian namun yang menjadi isipati ulasan saya ialah betapa sistem guarantor ini telah wujud sejak sekian lamanya.

Jika dilihat pada sejarah, King Solomon yang dilahirkan 1011 BC memerintah Jurusalem di antara 971 - 931 BC. Pada waktu ini dikatakan kemakmuran Jurusalem adalah pada tahap tertinggi di bawah pemerintahan King Solomon. Dari perspektif Islam pada zaman ini jugalah semua binatang dan Jin tunduk kepada pemerintahan Nabi Sulaiman. 

Bersandarkan frasa ini, ia menunjukkan  sistem guarantor ini telah mula diguna pakai sejak ribuan tahun dahulu dan mungkin ianya dipelopori atau diperkasakan oleh orang Yahudi yang sememangnya bijak mencari rezeki dalam perniagaan. Lihat siapa yang menguasai sistem ekonomi dunia sekarang dengan sistem duit fiat? Siapa yang membenarkan AS bersenang lenang mencetak duit dan menjualnya kepada semua bank pusat di seluruh dunia (termasuk Bank Negara Malaysia) dengan anggapan kertas itu mempunyai nilai?

Melihat kepada kata nasihat yang disampaikan dalam bab ini, ianya menyebut bahawa jangan sesekali kita terperangkap menjadi guarantor kepada orang yang bukan dalam lingkungan terdekat (stranger) mahupun rakan. Perbuatan tersebut adalah perbuatan yang memerangkap diri sendiri dan diri anda perlu melepaskan diri dari itu sepantas yang mungkin sebelum terlambat.Kalau kini perangkapnya kita mungkin dibankrapkan dek hutang kawan tetapi dahulu kala anda boleh dihambaabdikan untuk menanggung hutang selama bertahun tahun.

Berapa ramai di kalangan kita terperangkap dek perangkap guarantor ini. Adakala nya rakan pejabat, jiran mahupun saudara mara. Tatkala memohon pelbagai janji ditaburkan pelbagai perkara digembar gemburkan tetapi apabila hutang tak berbayar, anda menjadi mangsa. Harus diingat dalam sistem perbankan di Malaysia, apabila anda menjadi guarantor, maka nama anda juga dimasukkan ke dalam sistem sebagai penghutang walaupun pemilik hutangnya adalah orang lain. Justeru ini boleh menjadi penghalang jika anda ingin membuat pinjaman meskipun hutang tersebut tidak ada sebarang masalah.

Tapi kalau hutang itu bermasalah maka anda juga akan menanggung akibat seolah olah anda yang berhutang walaupun orang lain yang berjoli dengan duit dari bank itu. Pendek kata orang lain dapat duit beli lembu susu, anda dapat tahinya aja dan terpaksa membayarnya pula.  Bayangkan hidup anda apabila tiba-tiba nama anda disenaraihitam kan oleh institusi kewangan semata-mata kerana ada orang lain tidak reti membayar hutangnya. Kalau hendak nama dibersihkan terpaksa pula membayarkan hutang orang itu. Orang itu pula endah tidak endah terhadap hutangnya. Telefon dimatikan. Andai dapat dihubungi pun bersikap acuh tidak acuh.

Itu belum lagi mengambil kira anda terpaksa berkongsi dosa riba secara bersama. Tahukah anda dosa bergelumang dengan riba yang paling kecil adalah seumpama berzina dengan ibu sendiri? Nauzubillah min zalik.

"Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri”
[HR al-Hakim dan al-Baihaqi].

Jadi.. andai ada 'outsider' yang memohon anda jadi guarantor, larikan diri anda seperti rusa yang melarikan diri dari pemburunya!

Rujukan
[1] http://www.gotquestions.org/Book-of-Proverbs.html (Diakses 13 Januari 2011)
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Solomon (Diakses 13 Januari 2011)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts (30 days)

Latest post from my photography blog