Sunday, January 16, 2011

Tenang .. the battle begun.. via twitter..



The battle for the heart & votes of Tenang folks has begun.. via twitter..

Tatkala hendak mengemaskini status twitter berkenaan blog entri untuk laman fotoblog saya .. terlihat sekilas beberapa update dari beberapa personaliti politik tanahair.. semua menjurus kepada perkembangan di Tenang.. nampaknya calon Tenang telah diumumkan.. Puan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis untuk pilihanraya kecil pertama tahun 2011.. Tahniah kepada PAS kerana mengumumkan calon muslimat untuk pilihanraya ini..

Terdetik di hati.. nampaknya medium cyberwar ini sememangnya dimonopoli dan diambil berat oleh policitian ... ia seolah menjadi medium bukan sahaja untuk menyebarkan pandangan mereka tetapi juga menjadi medium untuk mereka menghebahkan aktiviti terkini mereka... acapkali terlihat status seperti
  • dinner with indian/malay/chinese community of ***
  • just meet up with RA of ***
  • lunch with ** discussiong ***
Namun tika ini.. pemenangnya amat berat sebelah...  majoriti pemainnya dari kalangan Pakatan Rakyat...  amat sedikit ahli politik Barisan Nasional yang mengambil berat akan medium ini..Kalau dijadikan permainan padang bola tanpa limit ahli BN pasti kalah 20-3 sebab yang hanya berminat dengan medium ini tinggal Najib, Khairy dan Dr Chua. Ada ahli politik BN yang lain pun hanya berminat berbicara benda kosong umpama EPL.. golf..  dsbnya.. kalau berbicara politik dalilnya kosong.. hanya tahu menghentam peribadi aja.. sedikit sekali ada update tentang aktiviti yang memberi manfaat untuk rakyat di kawasan parlimen/adun mereka.. Twitter terakhir dari Timbalan Najib (Muhyiddin) ialah pada 2 July 2009 (18 bulan yang lalu!).

Kalau ada sesuatu yang ahli politik pakatan pelajari dari ribut politik 2008.. ialah cyberwar matters.. ahli politik BN? They seem to learn nothing... and keep playing the stupid & dangerous racial cards.. cybertroopers hanya sibuk membuat posting pengacau yang tidak berilmiah yang menggambarkan kebodohan sendiri..

Kalau anda fikir medium ini tidak bermakna.. sila lihat tweet dari shamsuliskandar di bawah... 


 Sepantas kilat seantero malaya yang mengikuti saudara shamsuliskandar akan mengetahui ketidakadilan yang berlaku kepada suami calon PAS (yang mana sebahagian kecil mungkin pengundi di Tenang ataupun mengenali seseorang di sana).. seorang guru di Tenang/Labis yang apabila isterinya dikhabarkan akan menjadi Calon PAS untuk pilihanraya Tenang terus ditukarkan dengan notis 24jam ke JB...  Boleh tahan baghal jugak  ...  Mungkin anda puas dapat mengucar kacirkan sedikit hidup orang yang menyokong perjuangan PAS tetapi lupakah anda bahawa fakta ini boleh membuatkan pengundi atas pagar memberikan undi simpati kepada PAS? Mainkan saja sentimen kekejaman yang sememangnya jelas ada elemen penganiyaan ini dan pasti akan ada yang memberikan undi mereka kepada PAS kelak. (kemaskini: arahan pemindahan telah ditarikbalik .. )

Meanwhile.. lets take a back seat and enjoy watching another political wrestling  .. i'm waiting for the smack down move ;)

#ini pandangan dari seorang newbie twitter yang masih terkial kial lagi memahami kod arahan twitter...learning slowly..

Friday, January 14, 2011

Quantifying beauty .. how to?

Gambar silhuette penunggang kuda ketika matahari terbenam
 Di kantin kelmarin.. tatkala rutin sarapan pagi bersama rakan sekerja.. terselak laman suratkhabar thestar yang memaparkan satu gambar oleh reuters ..silhouette 3 penunggang kuda dari pantai palestin...memang cantik gambarnya.. timbul perbincangan mengapa gambar itu cantik.. mengapa mata kita sekilas memandang mengatakan gambar itu sedap mata dipandang.. pelbagai teori dikemukakan.. dari segi komposisi warna.. elemen leading line.. elemen gambar yang tidak serabut.. persoalan seterusnya.. can it be quantified? bolehkah elemen yang menaktifkan samada gambar itu cantik atau tidak diekstrak atau secara automatik oleh sebarang algorithm. Masuk aja ke dalam komputer boleh diberitahu markahnya samada gambar snapshot atau gambar masterpiece? Bolehkah?

Persoalan ini sebenarnya lanjutan dari cetusan idea oleh seorang profesor fizik yang dipinjamkan menjadi dekan di fakulti saya. Inilah padahnya bila anda add bos anda dalam facebook.. semua aktiviti anda dia tahu.. terus die memberikan idea bagaimana nak translate hobi kepada aktiviti penyelidikan.. beliau mencadangkan kepada saya untuk mengkaji bagaimana hendak meng'quantify'kan kecantikan suatu gambar...Beliau cakap.. jadilah perintis untuk penyelidikan ini ..

My reaction? .. saya tersengih aja.. walaupun tika ini saya menumpukan kepada penyelidikan pemprosesan imej dan signal dalam bidang perubatan.. penyelidikan yang saya lakukan amat straightforward.. misalnya imej MRI boleh memberikan pelbagai maklumat kepada doktor tentang tahap kesihatan atau penyakit tertentu.. apa yang saya lakukan adalah mencari elemen yang boleh dijadikan sandaran atau di'quantify'kan dari gambar/signal itu seterusnya mentafsirkan gambar tersebut.. jadi analisis komputer boleh memberi analisis awal tentang masalah/jenis penyakit yang dihidapi.. signal ECG misalnya boleh menjadi indikasi penyakit jantung tertentu.. bagaimana utk kenalpasti? cari pattern yang konsisten dalam semua signal penyakit yang sama dan kenalpastikan ia.. jadi program komputer boleh membantu pada peringkat awal dengan mengenalpasti jenis penyakit yang kemudiannya boleh disahkan oleh doktor pakar... sepanjang 2 tahun lalu saja saya telah supervise belasan pelajar master dalam bidang ini (separuh telah /hampir graduate).. hajat di hati tentulah untuk mengaplikasikan pengetahuan/pengalaman ini untuk topik PhD..

Walaupun saya boleh menggunakan pengetahuan feature extraction & classification yang ada untuk membantu dalam penyelidikan ini tetapi domain ini agak fuzzy.. how do you quantify something subjective? Not easy maahh.. quantifying medical image or signal is far easier.. hehehe..

Sebenarnya ini bukan kali pertama beliau utarakan cetusan idea tersebut.. beberapa bulan lalu semasa bertemu di akademi pengajian islam semasa sarapan pagi (kurang pasti samada ketika itu beliau telah menjadi dekan  atau belum) juga beliau ada cadangkan tentang mencari parameter yang membuatkan sebuah lukisan itu cantik.. mengapa lukisan tertentu mempunyai nilai yang lebih tinggi dari lukisan yang lain.. is there any certain feature extraction algorithm that can tell us the similarity between those successful painting? DWT? FT? any? Begitulah antara cetusan idea oleh beliau.

Cuba untuk mencari sebarang kertas penyelidikan berkaitan. Pencarian saya menerusi citeseerX menemui jalan buntu, gagal menjumpai sebarang kertas penyelidikan yang relevan. Terpinga pinga juga kerana saya jangkakan telah ada penyelidikan dalam area itu. Walaupun citeseerX  menempatkan hanya sebahagian kecil share kertas penyelidikan dalam bidang Computer Science/Engineering tapi kebiasaannya ia boleh memberikan hasil yang memuaskan untuk sebarang carian saya sebelum ini. Saya lebih berminat menggunakan citeseerX kerana keupayaannya untuk mencari/link artikel yang dijadikan rujukan (paper that being referenced by a particular paper) mahupun artikel yang cite  paper tertentu(newer paper that cite a particular paper). Jadi satu hit boleh membawa kepada banyak hit yang relevan.


Pencarian menerusi medium lain menghasilkan beberapa artikel yang relevan. Antaranya kertas penyelidikan bertajuk "Quantifying beauty: the equation is a beast" oleh Deanna Carpenter dalam Journal of Sex Research [1]. Namun kertas penyelidikan beliau melihat kepada permukaan sahaja dan perbincangannya meliputi keseluruhan ketrampilan diri dan bukan sahaja kecantikan wajah. Satu lagi artikel menyentuh tentang isu meng'quantify'kan kecantikan wajah untuk tujuan membantu dalam pembedahan plastik[2]. Satu kertas penyelidikan cuba menggunakan formula matematik tertentu untuk mengubah wajah menjadi lebih cantik [3]. Kebanyakan penyelidikan hanya menyentuh feature pada wajah manusia dan sehingga kini masih belum menemui sebarang penyelidikan yang releven tentang meng'quantify'kan gambar berbentuk landscape atau pemandangan.  Dulu pernah membaca artikel tentang analisis spektrum untuk lukisan pelukis terkenal tetapi tidak ingat di mana. 

Ini membuatkan saya memberi analogi kepada prof tentang sukarnya andai saya memilih jalur ini untuk penyelidikan phd saya. Saya nyatakan lebih mudah untuk mencari jalan yang lebih bagus andai telah wujud jalan lain yang boleh dijadikan benchmark atau perbandingan. Improving is easier than inventing. Memilih topik ini bermakna saya tidak ada sebarang jalur untuk bermula. Terpaksa mencantas sendiri laluan baru yang mana tidak tahu samada boleh sampai atau tidak ke destinasi. Beliau membalas, menjadi pelopor membolehkan semua orang yang terkemudian untuk cite/merujuk paper saya. For him it is worth the risk. Memang takleh menang cakap ngan orang pandai nih.. aduhh..

Mana tahu nanti pada suatu hari nanti.. feature utama dari kamera kita ialah dia boleh memberitahu komposisi kita itu bagus atau tidak... sekarang dia bisu aja.. :D


Rujukan
[1] Deanna Carpenter "Quantifying beauty: the equation is a beast". Journal of Sex Research. 14 Jan, 2011. http://findarticles.com/p/articles/mi_m2372/is_4_46/ai_n35649833/
[2] Michael J. Gunson et al "Can Beauty Be Quantified?" , Orthodontic Products , September 2009 http://www.orthodonticproductsonline.com/issues/articles/2009-09_07.asp
[3] Leyvand et al "Data-driven enhancement of facial attractiveness", ACM Transactions on Graphics (TOG) - Proceedings of ACM SIGGRAPH 2008 Vol 27 (3), August 2008.  http://dx.doi.org/10.1145/1399504.1360637

(Update : Terjumpa kertas penyelidikan yang diterbitkan pada tahun 1970 yang cuba meng'quantify'kan scenic beauty dalam foto.. 40 tahun lalu orang telah terfikirkan tentang ini cuma penyelidikan dalam bidang ini masih belum matang atau mencapai hasil yang konsisten. Click sini untuk kertas tersebut)

Thursday, January 13, 2011

Guarantor? - larikan diri anda!

 
1 My child, if you have put up security for a friend’s debt
or agreed to guarantee the debt of a stranger—
2 if you have trapped yourself by your agreement
and are caught by what you said—
3 follow my advice and save yourself,
for you have placed yourself at your friend’s mercy.
Now swallow your pride;
go and beg to have your name erased.
4 Don’t put it off; do it now!
Don’t rest until you do.
5 Save yourself like a gazelle escaping from a hunter,
like a bird fleeing from a net.
[Excerpt from Proverbs 6]



#artikel ini adalah sinambungan dari artikel terdahulu tentang analisis naskah ecclesiastes

Cebisan mutiara kata di atas adalah dari naskah Proverb (salah satu naskah dalam susunan Hebrew Bible). Narrator di dalam naskah ini dikatakan adalah King Solomon sendiri. Meskipun ada pendapat mengatakan Proverb ini ditulis oleh orang lain pada waktu yang terkemudian namun yang menjadi isipati ulasan saya ialah betapa sistem guarantor ini telah wujud sejak sekian lamanya.

Jika dilihat pada sejarah, King Solomon yang dilahirkan 1011 BC memerintah Jurusalem di antara 971 - 931 BC. Pada waktu ini dikatakan kemakmuran Jurusalem adalah pada tahap tertinggi di bawah pemerintahan King Solomon. Dari perspektif Islam pada zaman ini jugalah semua binatang dan Jin tunduk kepada pemerintahan Nabi Sulaiman. 

Bersandarkan frasa ini, ia menunjukkan  sistem guarantor ini telah mula diguna pakai sejak ribuan tahun dahulu dan mungkin ianya dipelopori atau diperkasakan oleh orang Yahudi yang sememangnya bijak mencari rezeki dalam perniagaan. Lihat siapa yang menguasai sistem ekonomi dunia sekarang dengan sistem duit fiat? Siapa yang membenarkan AS bersenang lenang mencetak duit dan menjualnya kepada semua bank pusat di seluruh dunia (termasuk Bank Negara Malaysia) dengan anggapan kertas itu mempunyai nilai?

Melihat kepada kata nasihat yang disampaikan dalam bab ini, ianya menyebut bahawa jangan sesekali kita terperangkap menjadi guarantor kepada orang yang bukan dalam lingkungan terdekat (stranger) mahupun rakan. Perbuatan tersebut adalah perbuatan yang memerangkap diri sendiri dan diri anda perlu melepaskan diri dari itu sepantas yang mungkin sebelum terlambat.Kalau kini perangkapnya kita mungkin dibankrapkan dek hutang kawan tetapi dahulu kala anda boleh dihambaabdikan untuk menanggung hutang selama bertahun tahun.

Berapa ramai di kalangan kita terperangkap dek perangkap guarantor ini. Adakala nya rakan pejabat, jiran mahupun saudara mara. Tatkala memohon pelbagai janji ditaburkan pelbagai perkara digembar gemburkan tetapi apabila hutang tak berbayar, anda menjadi mangsa. Harus diingat dalam sistem perbankan di Malaysia, apabila anda menjadi guarantor, maka nama anda juga dimasukkan ke dalam sistem sebagai penghutang walaupun pemilik hutangnya adalah orang lain. Justeru ini boleh menjadi penghalang jika anda ingin membuat pinjaman meskipun hutang tersebut tidak ada sebarang masalah.

Tapi kalau hutang itu bermasalah maka anda juga akan menanggung akibat seolah olah anda yang berhutang walaupun orang lain yang berjoli dengan duit dari bank itu. Pendek kata orang lain dapat duit beli lembu susu, anda dapat tahinya aja dan terpaksa membayarnya pula.  Bayangkan hidup anda apabila tiba-tiba nama anda disenaraihitam kan oleh institusi kewangan semata-mata kerana ada orang lain tidak reti membayar hutangnya. Kalau hendak nama dibersihkan terpaksa pula membayarkan hutang orang itu. Orang itu pula endah tidak endah terhadap hutangnya. Telefon dimatikan. Andai dapat dihubungi pun bersikap acuh tidak acuh.

Itu belum lagi mengambil kira anda terpaksa berkongsi dosa riba secara bersama. Tahukah anda dosa bergelumang dengan riba yang paling kecil adalah seumpama berzina dengan ibu sendiri? Nauzubillah min zalik.

"Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri”
[HR al-Hakim dan al-Baihaqi].

Jadi.. andai ada 'outsider' yang memohon anda jadi guarantor, larikan diri anda seperti rusa yang melarikan diri dari pemburunya!

Rujukan
[1] http://www.gotquestions.org/Book-of-Proverbs.html (Diakses 13 Januari 2011)
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Solomon (Diakses 13 Januari 2011)

Wednesday, January 12, 2011

Menelaah Naskah Ecclesiastes


Ecclesiastes adalah salah satu naskah sastera yahudi yang menurut sejarahnya [oleh majoriti] ditulis oleh King Solomon yang memerintah Jurusalem di antara 971 - 931 BC. Ada perdebatan tentang siapakah sebenarnya yang mengkompilasikan peribahasa peribahasa ini samada King Solomon  sendiri atau anaknya ataupun pengikutnya[1][2]. (Sebelum anda melatah mengkafirkan yahudi anda perlu ingat majoriti Nabi dan Rasul adalah dari bangsa yahudi.. mari kita berbincang secara ilmiah).

Penulis terjumpa dengan naskah ini tatkala  mencari frasa falsafah/peribahasa "Better to be criticized by a wise person than to be praised by a fool". Kaget saya sebentar apabila mendapati frasa ini sebenarnya datang dari Kitab Yahudi. Namun bila dilihat, seluruh naskah ini sebenarnya merupakan naskah kata-kata nasihat dan panduan kehidupan yang ternyata masih relevan dengan dunia sekarang. Format stuktur naskah ini mirip kepada kisah nasihat Lukman Al-Hakim yang mana mengisahkan seorang ayah menasihatkan anaknya tentang bagaimana mahu mengemudi kehidupan dengan kata-kata mutiara .

Bahagian yang memuatkan frasa carian saya itu ialah bab 7. Dikepilkan sedikit darinya di bawah ini.


 1 A good name is better than fine perfume,
   and the day of death better than the day of birth.
2 It is better to go to a house of mourning (funeral)
   than to go to a house of feasting (festival),
for death is the destiny of everyone;
   the living should take this to heart.
3 Frustration is better than laughter,
   because a sad face is good for the heart.
4 The heart of the wise is in the house of mourning,
   but the heart of fools is in the house of pleasure.
5 It is better to heed the rebuke of a wise person
   than to listen to the song of fools.
6 Like the crackling of thorns under the pot,
   so is the laughter of fools.
   This too is meaningless.
 7 Extortion turns a wise person into a fool,
   and a bribe corrupts the heart.
 8 The end of a matter is better than its beginning,
   and patience is better than pride.
9 Do not be quickly provoked in your spirit,
   for anger resides in the lap of fools.
[Excerpt from Ecclesiastes 7]


Melihat kepada sebahagian kecil naskah ini tentu akan terdetik bahawa banyak kata-kata proverb / peribahasa / wisdom (malah ada antaranya pernah kita guna pakai) sebenarnya berasal dari naskah lama yahudi. Naskah Ecclesiastes ini bukan naskah tauhid tetapi naskah nasihat.

Scholar ada membincang kemungkinan ianya hanyalah teks nasihat yang mengasosiasikan dirinya dengan King Solomon yang terkenal dengan kebijaksanaannya[3].  Ecclesiastes ini adalah salah satu dari susunan 39 naskah teks Hebrew dan Aramaic  dalam susunan Hebrew Bible [4]. Konteks naskah ini akan dihurai lebih lanjut dalam ulasan akan datang terutama perbezaan/persamaan dengan koleksi naskah yahudi yang lain seperti Torah, Talmud dan Tanakh.

Selain dari naskah Ecclesiastes ini, banyak naskah-naskah old testament (hebrew bible) yang sebenarnya merupakan susunan nasihat - Old Testament adalah nama yang digunakan oleh Christian merujuk kepada teks Hebrew Bible yang sama tetapi dengan susunan yang berbeza [5]. Sebahagiannya dikatakan ditulis oleh King Solomon juga ataupun oleh anak-anaknya/pengikutnya yang merakamkan nasihat dari King Solomon) seperti Proverbs, Song of Solomons dan Ecclesiastes. Naskah-naskah ini bersama beberapa naskah lain dikumpulkan dan dinamakan sebagai "Wisdom of Solomon"[6].

Dalam ulasan yang akan datang saya akan mengulas lebih lanjut beberapa falsafah dari naskah lama yahudi ini. Antara yang akan dibincangkan adalah nasihat untuk menjaga kebahagiaan rumah tangga dengan mengawal diri dari zina (misalnya dengan menjauhkan diri dari perempuan yang miang), nasihat dari segi kewangan misalnya nasihat jangan menjadi penjamin kepada hutang orang lain (menunjukkan sistem guarantor telah lama wujud sejak dulu tetapi dulu yang dipertaruhkan bukan hanya harta tetapi juga kebebasan diri - anda boleh diperhambakan jika gagal membayar hutang - biarpun ianya bukan hutang anda) dan juga nasihat tentang politik pemerintahan dan korupsi (yang mana menunjukkan korupsi sememangnya telah wujud sejak sekian lama).

Rujukan
[1] http://www.kffriends.org/Faith_reflect11.htm (diakses 13th Jan 2011)
[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Ecclesiastes  (diakses 13th Jan 2011)
[3] http://en.wikipedia.org/wiki/Solomon  (diakses 13th Jan 2011)
[4] http://en.wikipedia.org/wiki/Hebrew_Bible  (diakses 13th Jan 2011)
[5] http://www.enotes.com/history-fact-finder/religion/what-difference-between-hebrew-bible-old-testament  (diakses 13th Jan 2011)
[6] http://en.wikipedia.org/wiki/Book_of_Wisdom  (diakses 13th Jan 2011)

Popular Posts (30 days)

Latest post from my photography blog