Sunday, July 10, 2011

Rinjani 2011 Trip Log - Dekat di mata.. Jauh di kaki...

 *Gambar-gambar dan nota elevation akan dikemaskini kemudian..

Selepas pertarungan 7.5 jam .. akhirnya tiba ke puncak rinjani.. Alhamdulillah...


Alhamdulillah.. dengan izinNya.. trip Rinjani 2011 berjalan dengan lancar.. terima kasih kepada organizer & pemudahcara ( Hadzrey Arey..Trimen Wahono.. Mustika Ika ) .. terima kasih juga kepada guide mas Tatang & mas Joker yang sabar dengan telatah kami dan menemani kami sepanjang perjalanan.. memberikan dorongan demi dorongan... ayat mas tatang yg paling utama utk saya yg sentiasa di belakang "Pasti sampei asalkan jalurnya nggak ditontoni aja" sentiasa menceriakan.. hehehe...dan juga rakan-rakan sepertualangan... kalian the best!.. semoga ini bukan trip yang terakhir ke sini... RINJANI.. WE'LL BE BACK...

Log trip ini sekadar rujukan untuk trip yang akan datang... andai memberikan manfaat kepada yang lain bagus juga... log trip ini juga berdasarkan jangkaan kasar kerana ia berdasarkan ingatan dan tidak dicatat secara detail..


Day 0

10:55 am    - Naik flight dari LCCT, Kuala Lumpur

2:45 am        - Landing di Bandara Denpasar .. bertemu dengan Trimen Wahono & Todd yang telah sampai lebih awal
        - Jalan-jalan di toko outdoor sekitar Bali sementara menanti teman yang berbeza flight

12:00 pm    - @ Pelabuhan Padang Bai, Bali untuk naik feri ke Lombok  (Kos tiket 36,000 Rupiah/person).. feri bertolak jam 1:00 pagi .. dapat Feri baru dan selesa..

Day 1
6:00 am     - tiba di Pelabuhan Lembar.. dijemput dan berehat di rumah baru ika di Resort LA sementara menanti pembelian logistiknya lengkap dan repacking untuk sebahagian barang ditumpang di rumah Ika

11:00 am     - bertolak ke Pelawangan Sembalun

1:00 pm     - tiba di Kantor untuk registrasi dan persiapan porter untuk mula mendaki .. [kos porter meningkat agak tinggi berbanding trip 2009.. kos sekarang 100,000 rupiah sehari.. ]

2:45 pm     - mula berjalan menerusi kebun sayur... savannah dan merentasi bukit bukit kecil.. (Sembalun-Pos 1 makan masa 1 jam 30 minit.. Pos 1->Pos 2 hanya 30-40 minit dan Pos 2-> Pos 3 juga hanya 30-40 minit .. tempoh masa hanyalah anggaran)

5:30 pm     - Semua dah sampai di Pos 3.. lokasi perkhemahan di bawah sedikit dari Pos 3 yang dekat dengan sumber mata air

"Nota sumber air: Ada beberapa sumber mata air di kawasan laluan sungai di pos 3 & 2 walaupun ketika musim kemarau"


Sunrise @ Pos 3, Sembalun Lawang Route
Sunrise di Pos 3

Day 2
9:00 am     - Bertolak dari Pos 3 menuju ke Pelawangan Sembalun (Sembalun Crater).. perjalanan merentasi sejumlah 7 bukit yang sentiasa menaik..

Cloudy Landscape
Cloudy landscape... :)

2:00 pm     - Semua telah tiba di kawasan pelawangan Sembalun.. pemandangan alam yang amat memukau di sini... 30minit-sejam tempoh dihabiskan untuk mengambil gambar

Pelawangan Sembalun (2902 meters above sea level) enroute to Mount Rinjani (3726m)
Pemandangan di Pos Pelawangan Sembalun

3:00 pm         - Khemah dah didirikan dan semua istirehat
        - Aktiviti.. mengambil gambar .. mengambil air...sementara menanti summit attack pada malam hari

"Nota sumber air: Ada sumber air yang besar dan bagus di pelawangan berdekatan dengan lokasi sebelum jalur ke puncak.. perlu menurun sedikit dalam 50m untuk ke lokasi sumber air.. ada signboard menunjukkan arah.."

Nature Colour Festival at 2902 meters from sea level
Sunrise di Pelawangan Sembalun

Day 3
1:30 am     - bangun dan bersiap-siap ke summit attack... porter menyediakan sarapan mee & nasi untuk tenaga menuju puncak

Kelihatan Gunung Baru Jari dari puncak Rinjani (3726 MDPL)


2:30 am     - summit attack .. selepas 4.5 jam semua telah sampai ke puncak kecuali saya yang hanya berjaya menjejakkan kaki ke puncak selepas 7 jam 30 minit .. kawasan paling sukar ialah kawasan terakhir yang berpasir sejauh 300m yang memakan masa 2.5 jam untuk saya mendakinya kerana stuktur tanah yang longsor.. tapi berbanding dengan pasir semeru.. gunung pasir rinjani lebih mudah didaki membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjejakkan kaki ke puncak walaupun orang lain semua dah turun ketika itu..  perjalanan balik ternyata lebih mudah dan memakan masa 50% dari perjalanan menaik...

Pemandangan panorama yang diambil dari kawasan puncak.. kelihatan Danau Segara Anak dan Gunung Barujari di bawah
 4:00 pm     - memulakan perjalanan ke Danau... kebiasaannya perjalanan ke danau bermula sekurangnya jam 12:00pm tetapi perjalanan kami lewat bermula sedikit kerana memberikan waktu istirehat sebentar kepada saya yang turun lewat (sampai jam 2:00 pm di kawasan khemah/tenda... 8 jam naik.. 3 jam 30 minit menurun.. )

Rinjani Conqueror
Kelihatan sekumpulan pendaki (satu keluarga besar) sedang menuruni kawasan berpasir dari Puncak Rinjani

        Perjalanan dari Pelawangan Sembalun ke Danau bermula dengan menurun melalui kawasan berbatu di lereng bukit.. sebaiknya keluar dari kawasan berbatu ini sebelum malam untuk memudahkan perjalanan.. keluar aja dari lereng bukit ini akan melalui kawasan di mana sejumlah 7 orang mahasiswa ditemui meninggal pada tahun 2007... dipercayai mati kesejukan dan kehabisan logistik..

Selepas itu perjalanan sedikit landai merentasi 2 jambatan sungai dan kemudian melalui lereng-lereng bukit yang sedikit berbukit dan berbatu.. anda akan tahu anda sudah hampir bila telah memasuki jalur di kawasan hutan pine ..

6:30 pm     - kumpulan pertama sampai ke kawasan danau.. yang terakhir sampai jam 8pm  (tempoh perjalanan dari pelawangan ke danau ialah 2.5 jam - 4 jam)

"Nota sumber air: sungguhpun terdapat sumber air yang teramat besar di depan mata (danau).. tetapi kualiti airnya adalah seperti kualiti air tasik yang kurang enak dan mempunyai sedikit sulfur... jadi kebiasaan air untuk minuman dan masakan diambil dari sumber mata air.. bergantung kepada lokasi khemah.. lokasi mata air terletak antara 15-20 minit perjalanan"

Segara Anak Lake with Mount Barujari Volcano and Mount Rinjani Peak
Pemandangan di Danau Segara Anak yang memukau dengan Gunung Barujari di depan mata

Day 4
9:00 am     - berjalan jalan sekitar danau.. Gua Susu.. Air Panas.. di danau ini juga ayam yang dibawa dari Sembalung Lawang tempohari disembelih.. dimasak ayam pelecing oleh porter...

3:00 pm        - bertolak keluar dari danau... perjalanan bermula di pinggiran danau..  kemudian memasuki hutan menuju ke Batu Ceper.. jalur jenis tanah dan batu yang mudah untuk didaki.. sekali sekala perlu memanjat batu tetapi tidak sukar dan tidak terlalu curam

4:30 pm        - tiba di Batu Ceper..  tidak lama selepas Batu Ceper.. perjalanan akan mula melalui lereng-lereng bukit yang berbatu..  di sini perlu sedikit berhati-hati.. walaupun jalurnya agak besar tetapi pernah berlaku kejadian pendaki jatuh di lereng ini beberapa tahun lalu.. tahap bahaya hampir sama seperti di jalur bukit tabur.. ianya selamat cuma perlu berhati-hati aja..  sebaiknya jangan bergantung kepada pemegang jalan di tepi lereng kerana kita tidak tahu samada pemegang itu kukuh atau tidak..

6:00 pm     - sebahagian pada waktu ini dah tiba di pos 3.. manakala saya baru keluar di kawasan pelawangan.. ternyata pemandangan sunset dari pelawangan senaru ini ialah satu pemandangan dan keajaiban yang tidak dapat dilupakan... melihat matahari sunset di atas awan bersebelahan dengan gunung agung yang kelihatan jelas amatlah menarik..

8:00 pm     - orang terakhir selamat sampai di kem Pos 3

"Nota sumber air : terdapat sumber air yang terletak pada jarak 20-25 minit dari Pos 3.. jika di Pos 2 jarak airnya lebih dekat hanya sekitar 5 minit - 100m"

Day 5
8:30 am        - mula berjalan keluar... perjalanan merentasi Pos 2 (2.2km).. Pos Extra (1.1km) .. Pos 1 (1km) dan Pintu Rimba (1km).. perjalanan merentasi kawasan hutan yang amat bagus jalurnya.. hanya Pos 3- Pos 2 memakan masa sejam manakala di antara pos lain cuma memakan masa sekitar 30 minit..

11:00 am     - kumpulan pertama sampai di Pintu Rimba.. yang terakhir hanya berbeza 20-25 minit sahaja.. semua berehat sambil makan tengahari di warung pak Ahmad Ridhuan & Ibu Numarni... bila ditanya kepada ibu Numarni samada ingat kepada saya 2 tahun lepas yang dipanggilnya gendut tika sampai di Pintu Rimba.. ternyata die nyatakan die ingat.. semoga panjang umur dan dapat kita bertemu lagi di masa akan datang...
Selepas makan tengahari.. langsung ke kantor (30-40 minit dari Pintu Rimba) dan berjumpa dengan Ika yang dah siap menanti... selepas melihat barang-barang souvenir kami langsung berjalan ke Pantai Senggigi.. kemudian ke rumah Ika untuk bersiap siap sambil menanti feri di waktu malam... sempat shopping di beberapa toko outdoor dan makan malam di bandar..

12:00 pm     - menaiki feri di Pelabuhan Lembar (harga tiket 36,000 rupiah/person) menuju ke Pelabuhan Bai, Bali.. waktu ini kami mendapat feri yang berbeza sedikit.. ada tempat tidurnya yang beserta tilam cuba perlu dibayar tambahan 20,000 rupiah.. kami tidur aja di kerusi kerusi panjang..


Ringkasan Tempoh Perjalanan
Day 1 : 2-3 hours (Kantor Sembalun Lawang-Pos 3 Sembalun)
Day 2 : 4-5 hours (Pos 3 - Pos Pelawangan Sembalun)
Day 3 : 8-12 hours (summit attack) & 2.5-4.5 hour (Pos Pelawangan Sembalun - Pos Danau)
Day 4 : 3-5 hours (Pos Danau-Pos Pelawangan Senaru-Pos 3 Senaru)
Day 5 : 3 hours (Pos 3 Senaru-Pintu Rimba-Kantor Senaru)

Itenary yang sangat santai.. yg menguras tenaga cuma hari ke-3 semasa summit peak & terus turun ke danau

Day 6
5:30 am     - sampai di Pelabuhan Bai, Bali

6:30 am        - sarapan di Pelabuhan sementara menanti Trimen...

7:00 am     - Trimen sampai langsung di bawa berjalan-jalan sekitar Bali  (Gunung Batur, Kintamani, Ubud) sebelum check-in di hotel di Kuta (Hotel Arena, Poppies Lane I - Hotel ada swimming pool, AC pada harga 200,000 rupiah/malam untuk 2 org.. kalau bertiga 300,000 rupiah/malam.. ada kemudahan pembayaran credit card.. sebenarnya banyak lagi hotel yang ada sekitar Kuta di Poppies Lane I & II.. hanya perlu jalan jalan aja mencari yang sesuai.. bermula dari 100,000 rupiah/semalam)


setakat ini ajalah log rinjani.. log ini akan dikemaskini dengan gambar dan butiran elevation kemudian... timing akan dikemaskini bila melihat maklumat exif pada gambar-gambar yang diambil nanti.. insyaAllah akan kembali lagi.. sekurang-kurangnya 2 tahun sekali akan ke Rinjani ini.. terima kasih kepada organizer arey & pemudahcara kami di Bali (Trimen) dan pemudahcara kami di Lombok (Ika) ... tanpa kalian pasti trip ini gak lancar... makasih sangat-sangat.. RINJANI.. WE'LL BE BACK...


Nota untuk trip akan datang
- Waktu datang untuk semua orang sebaiknya sama.. kerana menyukarkan pengurusan waktu dan logistik... waktu balik berbeza tak mengapa
- Pada masa akan datang mungkin lebih pantas mengambil flight dari Denpasar terus ke Mataram.. jimat sehari.. kos flight juga pada waktu ini lebih murah berbanding 2009 (sekarang sekitar 180,000 rupiah/person.. tahun 2009 hampir 2x ganda beza).. naik feri bila balik dari Lombok
- Waktu terbaik untuk fotografi tak semestinya terbaik utk porter.. misalnya Pelawangan Senaru yang amat cantik utk fotografi terbaik sukar bagi porter kerana jarak sumber air yang jauh.. dan juga lokasi perkhemahan di kawasan berpasir di Danau yang juga jauh dari mata air.. perlu ada kompromi..
- Jangan abaikan latihan.. menyiksa badan bila tak buat training... (pesanan khusus utk diri sendiri yg tak prepare utk ke rinjani.. )
- Sediakan spare sandal.. sebaiknya pakai kasut mendaki.. bukan selipar jepun!

Sandal kaki yang rosak selepas main 'ski' di puncak Rinjani.. perjalanan diteruskan dengan selipar jepun


BERSIH 2.0


Peludah Warna

...Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Popular Posts (30 days)

Latest post from my photography blog