Saturday, January 26, 2013

Bila dunia didagangkan

Alangkah indahnya... jika dunia dapat diperdagangkan untuk akhirat... bila setiap rezeki diletakkan kembali kepada jalan yang hak.. bila setiap rezeki yg halal dapat dilaburkan kembali untuk kebahgiaan akhirat yang berkekalan...

Namun yang sebaliknya yg kerap terjadi... hanya kerana sejumlah duit yang picisan... undi boleh dijual... kesetiaan boleh dibeli... anak boleh diperdagangkan ... maruah diri boleh dijual... seorang anak boleh menjadi anak derhaka... penjaga amanah boleh pecah amanah... seorang isteri boleh memaki suaminya..

Kerana sejumlah harta dunia.. kawan boleh bertukar lawan.. negara boleh tergadai.. maruah bangsa boleh diperlekehkan... agama boleh dijual... pertalian darah boleh menjadi barah... rumah tangga boleh berantakan...

Semoga kita tidak menjadi hamba dunia...tunjukkan lah kami jalan yang benar ya Rabb..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts (30 days)

Latest post from my photography blog